Selangor Tak Ada Air, Ustaz Ebit Lew Hantar Lagi Lori Air Kepada Rakyat, Ramai Orang Berpusu-Pusa Ambil, Sedihnya!

KUALA LUMPUR, 12 Nov  —  Pendakwah dan ahli perniagaan Ustaz Ebit Lew sekali lagi turun padang menyumbangkan bekalan air kepada penduduk negeri Selangor.

Berkongsi di media sosial, Ebit bersama sekumpulan sukarelawan dilihat menyediakan lori tangki bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk kawasan sekitar Subang.

Mengakui sedih kerana penduduk terpaksa berdepan masalah ketiadaan air, Ebit turut mengingatkan ia merupakan satu ujian yang terpaksa ditempuh.

“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Ujian buat kita semua. Ini sahaja terdaya sedikit sumbangan bila dengar air tiada.

“Malam ini (tadi) terus orderlori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar Subang malam ini. Ada beberapa tempat lagi mesej saya.

“Dari petang tadi uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tankkecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” katanya di Instagram.

Kelmarin, beberapa kawasan di Selangor berdepan ketiadaan air selepas terdapat insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Masalah pencemaran air di Selangor bukan perkara baharu memandagkan ia pernah berlaku sebelum ini sehingga menjejaskan ramai pengguna.

Mentri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari tidak menolak insiden pencemaran bau di Sungai Selangor kali ini mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.

Sementara itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan Ebit yang sanggup turun padang memberi sumbangan kepada mereka memerlukan.

Pada masa sama, terdapat juga individu mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki agar lebih banyak kerja amal dapat dilakukannya.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Nenek Saya Normala Samsudin Okey” Gadis Ini Kongsi Wajah Normala Samsudin Bekas Pengacara Nona Yang Tidak Dimamah Usia