Musim Hujan-Hujan Ni Ular Akan Cari Jalan Masuk Rumah, Nyorok Bawak Kerusi, Dalam Katil, Rak Kasut, Bomba Ajar Cara Kawal Yang Betul

Musim hujan ketika ini bukan sahaja boleh menyebabkan banjir kilat dibeberapa kawasan rendah, malah ia juga mengundang kehadiran haiwan berbisa seperti ular.

Ketika ini, ular akan keluar dari sarangnya untuk mencari tempat perlindungan seperti dalam rak kasut, dapur dan mana-mana lokasi persembunyian tanpa kita sedar.

Justeru, bagi mengelakkan anda dan keluarga daripada menjadi mangsa kepada reptilia ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi satu kiriman di laman facebook rasmi mereka telah berkongsikan tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.

Anda diingatkan untuk tidak:

  1. Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
  2. Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
  3. Cuba menghalau menggunakan peralatan.

Apa yang anda perlu lakukan?

  1. Hubungi 999demi mendapatkan bantuan .
  2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
  3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
  4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
  5. Kurangkan bergerak dihadapan ular.
  6. Kenalpasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
  7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Lepas Kena Tikam, Saya Terus Lari & Pandu Kereta Ke Hospital, Saya Tak Tau Dari Mana Datangnya Kekuatan" Guru Ditikam Suami Cerita Hal Sebenar