“Sanggup Guru Buat Macam Ni?” Pelajar Pakai Kotak Atas Kepala Masa Exam Undang Rasa Marah Orang Ramai

Bagi mengelakkan pelajar meniru, sebuah sekolah di India telah mengarahkan pelajar mereka untuk memakai kotak pada kepala.

Foto yang menunjukkan aksi para pelajar ketika sedang menjawab peperiksaan itu mulai tular dilaman sosial tempatan sehingga mengundang rasa amarah warganet.

Kotak berkenaan mempunyai satu lubang kecil bagi membolehkan pelajar melihat kertas peperiksaan dilaporkan terjadi di Bhagat Pre-University College di Haveri, India.

Tindakan sekolah ini juga mendapat perhatian Menteri Pendidikan negara tersebut, S. Suresh Kumar.

“Tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk melakukan aksi sedemikian kepada pelajar.”, kata Suresh pada ruangan kapsyen.

Pengetua sekolah tersebut bagaimanapun tampil memohon maaf dan berkata ia adalah sekadar ujian dan belum diwajibkan kepada semua pelajar lagi.

Sumber: Buzz