Bagi peminat kdrama, pasti anda pernah cuba untuk bercakap dan berintonasi dengan menggunakan bahasa Korea seperti di dalam cerita yang ditonton sebanyak 16 episod. Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan mereka terbawa-bawa dengan bahasa yang digunakan dalam drama berkenaan sehingga ke realiti terutamanya ketika bercakap dengan ahli keluarga mahupun rakan terdekat.
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang tular di satu laman Tiktok iaitu @Gempak dimana terdapat seorang lelaki yang kelihatan sedang membeli ikan pada seorang penjaja. Melalui video perkongsian terbabit, lelaki Indonesia itu turut kelihatan selamba memakai baju kelawar dan tuala di kepalanya ketika membeli bekalan makanan terbabit.
@astrogempak Member siapa yang terlepas nie? Haha memang semua habis tengok movie Korea feeling feeling Korean ke? 🤣 #viral #news #foryourpage #foryourpage
Tapi lain pula yang berlaku apabila lelaki terbabit telah menggunakan bahasa Korea ketika berkomunikasi dengan penjaja berkenaan. Lebih melucukan, dia juga cuba menggunakan intonasi yang seakan-akan sama dengan bahasa Korea sambil meminta untuk berhutang. Keadaan itu telah membuatkan penjaja tersebut terhibur di samping mencetuskan gelak tawa warga netizen dimana masing-masing tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi di ruangan komen laman Tiktok berkenaan.
kredit HCL