Seorang wanita warga New York telah dihadapkan ke mahkamah selepas enggan membenarkan kucingnya tidur bersama di atas katil.
Semuanya bermula selepas Danette Romano enggan membenarkan kucing perliharaanya yang diberi nama Lacie, tidur bersama atas katil, seperti menurut perjanjian yang dibuat bersama tuan lama Lacie pada April 2014.
Pemilik lama Lacie, Carol Money, telah menetapkan perjanjian sebelum kucing itu diserahkan kepada Danette agar membenarkan Lacie tidur bersama atas katil.
Ia adalah kerana, ia penting bagi kesihatan emosi Lacie untuk tidur dengan bertemankan seseorang.
Dikatakan, Lacie si kucing memang gemar tidur bersama tuannya dan akan merungut atau menangis jika dihalang untuk tidur atas katil. Akibat juga dari masalah kesihatan yang dihadapi Carol, beliau bersetuju untuk menyerahkan Lacie kepada Danette.
Danette yang pada mulanya setuju dengan perjanjian itu, telah menandatangani surat perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Namun tidak lama selepas Danette membela Lacie, dia dikatakan enggan membawa kucing itu tidur bersama dan melanggar kontrak perjanjian.
Disebabkan Danette telah melanggar kontrak perjanjian, beliau mahu Lacie dipulangkan kepadanya dan turut menuntut ganti rugi yang ditetapkan ketika perbicaraan di mahkamah.
kredit era