Ada Pengalaman Disengat Labah-Labah Masa Kecil, Lelaki Ini Nekad Jual The Ais Dengan Kostum Spiderman

Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini, seorang bapa sanggup mengenakan kostum lengkap watak adiwira Spider-Man, bagi menjual teh ais.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Spiderman Perlis’ itu mengambil keputusan menjual teh ais di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis, bagi menampung kehidupan sekeluarga.

“Ramai yang terkesan akibat Covid-19 termasuk saya, namun saya bernasib baik mempunyai majikan yang sanggup meminjamkan sedikit wang, bagi memulakan perniagaan ini.

“Kalau harap duit sendiri saya menang tidak mampu,” katanya.

Menurut Spiderman Perlis, beliau mendapat sambutan menggalakan apabila ramai mengambil peluang untuk bergambar.

Tambahnya lagi, beliau pernah juga disengat labah-labah ketika kecil, membuatkan beliau memilih watak berkenaan sebagai pilihan untuk menjual teh ais.

Katanya, beliau mempunyai alasan sendiri mahu merahsiakan identiti sebenar daripada pengetahuan orang ramai, dan lebih selesa dikenali sebagai ‘Spider-Man Perlis’.

“Lebih baik orang ramai kenali saya sebagai ‘Spiderman Perlis’ kerana ia lebih dekat hati peminat ‘Avengers’ (kumpulan adiwira yang dianggotai Spiderman),” katanya sambil melakukan beberapa aksi watak adiwira itu.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Kami Tak Larat Dah Duduk Kat Rumah Using Ni, Takda Air Dan Elektrik, Bantulah Kami!”