Apabila membeli kereta baru tentunya seseorang itu akan menjaga keretanya dengan baik dan menggunakannya dengan sangat cermat sehingga tidak ingin lalu di jalan yang berlubang atau berlecak.
Walau bagaimanapun beberapa video yang tular di media sosial beberapa hari ini menunjukkan bagaimana pemilik kereta baru tersalah langkah dan merosakkan kereta mereka sebelum sempat di bawa pulang ke rumah.
Dalam sebuah video yang tular di Twitter, sebuah Porsche yang baru dibeli dilihat perlahan-lahan bergerak ke jalan masuk yang berbukit. Namun kereta automatik itu kemudian berhenti sebelum tiba-tiba berpusing ke kanan dan menghentam sebuah SUV hitam.
Ooooops 😂🤣😂 pic.twitter.com/GwbwWWLO8l
— Andy 💪🏼 (@oldschoolbiker4) November 19, 2020
Tidak cukup setakat itu kenderaan mewah itu kemudian memecut melepasi dinding dan mendarat di atas kereta lain yang diparkir di bawah sebelum terhempas di jalan raya.
Rata-rata yang meninggalkan komen berpendapat bahawa pemandu berkenaan masih tidak biasa mengawal menggunakan ciri automatik kereta tersebut menyebabkan dia terbabas.
Dalam sebuah rakaman lain yang dikongsikan di Instagram pula, seorang individu sedang memandu keluar kereta barunya dari pusat pameran, namun dia tidak sempat untuk mengawal kereta tersebut dan terlanggar dinding di hadapan ruang keluar.
Akibatnya kereta baru itu kemek di bahagian hadapan sementara beberapa individu lain melihat keadaan kereta itu dengan reaksi terkejut.
Video tersebut diiringi dengan kapsyen “Dari bilik pameran ke pusat servis” dan mengundang pelbagai komen, ada yang berkata mungkin pemandu itu cuba untuk memeriksa airbag kereta berkenaan.
kredit gempak