Anak Takut Sering Dengar Bunyi “Misteri” Di Dapur, Terdetik Hati Pemilik Rumah Pasang Kamera, Sekali Yang Keluar….

Seorang pemilik kucing telah memasang kamera tersembunyi selepas anaknya sering merasa takut kerana terdapat bunyi misteri dari kabinet dapur.

Pengguna TikTok @justme477 berkata, bunyi itu muncul ketika beliau tidak berada dirumah dan juga didengari oleh jirannya.

“Ketika saya bertanya kepada anak saya, dia berkata almari kabinet terbuka dan tertutup dan dia takut,” katanya.

Disebabkan itu, beliau memasang satu kamera tersembunyi di hadapan kabinet bagi merakam aktiviti ‘misteri’ terbabit.

Selepas hampir 3 jam, akhirnya si pelaku kepada bunyi tersebut berjaya dirakamkan.

Rupanya ia adalah daripada kucing coklat miliknya yang duduk ditempat persembunyian dibelakang kabinet dapur.

Rakaman tersebut telah ditonton ramai pengguna TikTok dan rata-rata penonton mengakui bahawa mereka takut pada awalnya sebelum mengetahui ia adalah seekor kucing.

@justme477

I guess setting up a camera and filming all day was needed

♬ original sound – Just me

kredit era

Artikel Berkaitan   Nak Masuk Ke Rumah Baru, Jangan Abaikan 5 Perkara Ni, Suami Wajib Buat