Selepas Penemuan Objek “Misteri” Di Utara Amerika Kemudian Ia Hilang, Kini Ia Dijumpa Di Tempat Yang Lain Pula

Beberapa hari yang lalu, satu objek misteri yang dikenali sebagai monolit ditemui dikawasan gurun batu di Utah, dan tidak lama kemudian di Romania.

Kini, objek berbentuk sama ditemui penduduk tempatan diatas puncak Pine Mountain di Atascadero, California.

Menurut portal tempatan, The Atascadero News, objek berkenaan disedari oleh beberapa pengembara dengan ketinggian kira-kira 10 kaki dan 18 inci lebar.

Dianggarkan mempunyai berat hingga 90 kilogram, kemunculan objek ini menimbulkan tanda tanya orang ramai, lebih-lebih lagi kedua-dua objek yang sama di Utah dan California itu kini telah hilang secara tiba-tiba.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan saintifik mengenai kemunculan objek monolit ini dibeberapa lokasi di dunia.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Abah Nak Cuba Jubah Konvo Boleh? Abah Tak Pernah Pakai…” Ayah Tak Pernah Merasa Pakai Jubah Konvo, Anak Menitis Air Mata