Warga Emas Menahan Sakit Tangan Tersangkut Dalam Mangkuk Tandas, Bomba Masih Bingung Bagaimana Ia Terjadi

Bintulu: Lelaki berusia 52 tahun menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kirinya tersepit dalam mangkuk tandas di kediamannya Jalan Tun Hussein Onn, di sini, petang tadi.


Bimbang dengan kejadian 2.15 petang itu, ahli keluarganya menghubungi talian kecemasan untuk memohon bantuan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman. Menurutnya, anggota bomba cuba mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas namun gagal.

Justeru itu katanya, pasukan bomba memecahkan mangkuk tandas terbabit sebelum tangan kiri mangsa dapat dikeluarkan pada jam 2.45 petang.

“Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut.” katanya.

Menurutnya, belum dapat dipastikan punca yang menyebabkan tangan mangsa tersepit dalam mangkuk tandas terbabit.

kredit harian metro