Ini Cara Nak Tau Jenis Kulit Kita Dengan Hanya Pakai Tisu Je, Tak Payah Bayar Mahal-Mahal Nak Scan Kulit

Sesetengah individu, mereka tidak pasti jenis kulit sendiri sama ada normal, kering, berminyak atau mempunyai kombinasi kulit
.
Dah jadi masalah pula bila nak pilih skincare yang sesuai untuk kulit. Bila beautician atau seller tanya jenis kulit, mula la terpinga-pinga,😜🤣
.
Jangan terkejut sebab memang ada perempuan yang memang tidak peka tentang kulit mereka
.
Nah, kalau korang pun masih confused, berikut ada satu cara mudah yang diajar oleh Herry Rozular untuk mengenali jenis kulit dengan hanya menggunakan tisu
.
Cuci muka bersih-bersih, 3 atau 4 jam selepas tu ambil tisu dan koyakkan kepada 4 bahagian. Kemudian, tepek pada dahi, hidung, pipi dan dagu
.
Senang je kan?
.
So, macam mana nak tahu sama ada kulit korang tu normal, kering, berminyak atau combination skin, rujuk kenyataan di bawah:
.
1. Kulit normal
.
Keempat-empat tisu tadi melekat sekejap sahaja, lepas tu akan jatuh dan tak melekat dah. Tak pun, kalau kulit nampak biasa tak ada menggelupas, tak bersinar apa semua, pori tak nampak, tu tandanya kulit korang normal
.
2. Kulit kering
.
Tisu-tisu tadi tak melekat langsung. Baru je nak letak, terus jatuh. Kulit pun nampak menggelupas, kasar,kusam dan tua
.
3. Kulit berminyak
.
Keempat-empat tisu tersebut melekat dan tak jatuh. Selepas 3 atau 4 jam cuci muka, nampak berkilat sebab minyak. Kalau sentuh memang dekat jari tu terasa ada minyak. Pori pun nampak jelas terbuka
.
4. Combination skin
.
Tisu hanya melekat di dahi, hidung dan sesetengah kes ada juga melekat pada dagu tapi tak di pipi. Boleh tengok pada hidung berkilat ada minyak dan kering sangat-sangat kawasan pipi. Itu maknanya combination skin
.
Ok senang kan?so korang dah boleh pilih skincare mana yang sesuai dengan korang!!

Artikel Berkaitan   Allah Amat Benci Kepada 20 Dosa Suami Terhadap Keluarganya Ini.. No 2 Suami Suami Kerap Buat..

kredit mellyshoppe