Wanita Pelik Bayar Bil Elektrik RM700 Sebulan Hingga 5 Tahun, Rupanya Ini Yang Terjadi. Korang Pun Boleh Cek Kalau Bil Tu Mahal

Apalah nasib seorang wanita ini apabila terpaksa membayar bil eletrik rumahnya sehingga mencecah hampir ribuan ringgit setiap bulan. Korang mesti terkejutkan kalau tengok bil rumah korang macam tu betul tak?

Wanita yang dikenali sebagai Eve Lim ini berkongsikan di laman Facebooknya mengenai kejadian tersebut mengatakan bahawa dia terpaksa menanggung sekitar RM700 sehingga RM800 sebulan.

Hal ini menyebabkan dia bertindak menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak kali.

“Untuk selesaikan masalah ini saya hubungi TNB banyak kali.

“Saya juga ada lakukan pemeriksaan sendiri untuk selesaikan masalah ini. Pelik penggunaan saya tak sama dengan jumlah bil yang perlu saya bayar,” katanya.

Pada masa yang sama, masalah tersebut menjadi semakin teruk apabila pada bulan Julai tahun ini Eve menerima bil eletrik yang berjumlah sebanyak RM1,500.

Meskipun dia berasa amat terkejut dan juga marah, Eve tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk memanggil pihak TNB untuk menutup suis utama eletriknya untuk melihat sama ada meter tersebut terus dikira.

Namun tiada apa yang berlaku, bahkan lampu di rumahnya itu masih lagi terpasang dan juga kipas masih lagi berpusing walaupun suis utama telahpun dipadam.

Pada ketika itu, pekerja TNB ketawa kecil sambil mengatakan “Mari kita tunggu dan lihat”.

Setelah 5 minit berlalu, pembantu rumah jirannya datang dan bertanya kepadanya “Kenapa tak ada api?”. Gara-gara itu, akhirnya segala persoalan yang selama ini dibelenggu olehnya kini sudah terjawab.

Dahulu, pemaju rumah ketika itu tersalah meletakkan nombor rumah dan juga meter untuk kedua-dua rumah di situ. Ternyata, selama ini dia membayar bil eletrik rumah jirannya dekat 5 tahun dan jika dikira hampir RM15,000 yang sudah dibayar olehnya.

Artikel Berkaitan   Inilah Tips Nak Hilangkan Benjol Dengan Guan Telur Rebus Dengan Cepat

Eve juga turut menjelaskan bahawa ianya bukanlah kejadian kecurian elektrik di laman Facebooknya itu.

kredit buzzkini