Mampu Perhati Je Kru Teknikal Betulkan Sistem, Video Pembaca Berita Tercegat 2 Minit Berjaya Dirakam

Sebagai seorang pembaca berita pasti berasa gugup sekiranya menghadapi masalah gangguan teknikal dimana skrip yang tertera di skrin hadapan tidak berfungsi seperti biasa.

Hal ini seringkali terjadi kepada setiap pembaca berita terutamanya ketika mereka bersiaran langsung. Sebab itu, mereka perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam menangani isu seperti ini.

Begitu juga yang berlaku kepada salah seorang pembaca berita TV3 yang baru-baru ini tular di media sosial dek kerana tindakannya yang hanya berdiri tanpa mengeluarkan sebarang perkataan ketika bersiaran langsung.

Gelagat pembaca berita itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok, @nick_sohide sebelum memuat naik di aplikasi tersebut sejak 2 hari yang lalu.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun mendapat sebanyak 265.7k yang menonton di akaun TikToknya, manakala sebanyak 52.6k yang turut menekan butang likes.

Biarpun pembaca berita itu dikatakan hampir 2 minit berdiam diri, namun dia kelihatan tenang ketika keluar dan masuk semula untuk memaklumkan bahawa mereka mempunyai masalah gangguan teknikal dan mengakhiri siaran langsung dengan baik sekali. Ha.. Ingat senang ke jadi pembaca berita? Susah tau!

@nick_sohide

hhahahahaha tercegak abang tu… nak dekat 2minit dia kat situ… sabar bang kami faham #tv3 #buletinutama

♬ original sound – Nick_sohide – Nick_sohide

Rata-rata ramai yang menanyakan akan hal yang berlaku ketika berita tersebut bersiaran langsung.

Bahkan, ada juga yang memahami situasi yang terjadi terhadap pembaca berita berkenaan dan menyatakan bahawa bukan mudah untuk bekerja ketika siaran langsung ini.

Difahamkan, bagi mereka yang bekerja dalam sektor tersebut sememangnya masalah teknikal tidak dapat dielakkan. Malah, sebagai seorang pekerja mereka hendaklah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu bersiaran langsung.

Oleh itu, kita seringkali melihat mereka akan menghafal skrip terlebih dahulu agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   “Sampai Kurus Kering Gajah Tu Korang Lanyak” 70 Tahun Gajah Ini Digunakan Untuk Persembahan Akhirnya M4ti