Arab Saudi Diselimuti Salji Aneh, Fenomena Pelik Sedang Terjadi, Unta Terpaksa Menahan Sejuk

Ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan kawasan pada Januari ini, gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali.

Portal berita MailOnline pada Isnin melaporkan, fenomena berkenaan menyaksikan suhu terutamanya di wilayah Asir — di mana kawasan ini mencatatkan suhu – 2 darjah Celcius ekoran cuaca sejuk dan salji.

Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.

Portal watchernews.com melaporkan, salji melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.

Arab News dalam pautan terkini pada 10 Januari memaparkan sebuah video yang menunjukkan kawasan pergununan di Dahr diselimuti salji.

VIDEO:-

 

Sehubugan dengan perkembangan mengejutkan ini, portal berita Al-Arabiya turut melaporkan salji turun di kawasan pergunungan wilayah Asir seawal April, 2018.

Portal itu turut melaporkan seorang jurugambar, Karin Bouchetta telah merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada – 3 darjah Celsius.

kredit mykmu

Artikel Berkaitan   (VIDEO) Bukti Dah Sah Ada, Bila 2 Kaki Pukau Ni Nak Ditangkap? Dah Membusung Perut Pakcik Tu