“Saudaraku, Harga Murah Sampai Malam” Orag Ramai Beratur 1KM Untuk Dapat Masuk Pasaraya Ebit Lew

KAJANG, 19 Julai — Pendakwah Ebit Lew melangkah setapak lagi selepas membuka pasaraya di beberapa lokasi di sekitar Selangor.

Pembukaan pasaraya di cawangan TTDI Grove di sini menyaksikan pelanggan beratur panjang bagi mendapatkan pelbagai barangan dengan harga promosi.

“Doakan ya terharu syukur ramai bersama Elewsmart TTDI Grove. Promosi khas untuk 300 tu sekejap saja habis. Kami tambah selagi ada stok mungkin sampai malam. Senyumanmu kebahagiaan kami. Besar nilainya.

“Doakan ya. Terima kasih semua,” coretnya di Instagram.

Pasaraya yang dibuka sehingga 10 malam ini menawarkan pelbagai barangan dengan harga promosi seperti Nescafe 400ml berharga 40 sen.

Pelanggan juga berpeluang mendapatkan susu sejat 70 sen satu tin, sebotol kicap 90 sen dan ais krim Cornetto serendah 10 sen.

Elewsmart semalam menyaksikan pembukaan cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi selain beberapa cawangan lagi bakal menyusul.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Korang Yang Nak Try Belajar Buat Roti Ni Boleh Try Roti Inti Kuah Carbonara. Rare Tapi Sedap!