Ajaran Sesat Kembali Lagi, Sebut “Aku Melayu” Sebanyak 7 Kali, Buat Ritual Pakai Gong Di Pantai Sedang Berkembang!

Sesat lagi menyesatkan!


Baru-baru ini, satu ajaran agama baru yang dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ dilaporkan telah dikesan dan kini menjadi perbualan di media sosial selepas video mengenai ajaran tersebut viral di Facebook.

Menurut video tersebut, individu yang dikaitkan dengan ajaran agama itu dipanggil Ibu Yati dan mempunyai pengikut yang melakukan beberapa ritual pelik yang bercanggah dengan agama Islam.

Sumber: Facebook

Perkara tersebut kemudian mendapat perhatian Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan yang mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa ‘Ibu Yati’ ini, lapor Free Malaysia Today.

Agama tersebut juga katanya telah menggunakan lafaz Syahadah yang pelik dan disambung pula dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali.

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu. Insya-Allah, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah. Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu dikenali sebagai ‘Ibu Yati’ ini.

“Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat,” kata Nasrudin.

Sumber: Berita Harian

Beliau juga memberitahu yang pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Ibu Yati ini secara sepintas lalu kira-kira 20 tahun lalu ketika wanita tersebut masih belajar.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan sudah menerima maklum balas berhubung dakwaan ajaran sesat yang babitkan wanita itu.

“Sebagaimana yang dimaklumkan orang ramai, JAIS juga maklum mengenai perkara ini. JAIS akan lihat dan sedang meneliti isu ini,” kata JAIS.

Scary pulak min rasa baca benda-benda macam ni. Semoga kembali ke pangkal jalan. 

kredit lobak merah