Pergi Ke Lahad Datu, Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Wifi Kepada Penduduk Di Sana

Penceramah terkenal, Ebit Lew terus menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuklah memasang perkhidmatan internet di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah.


Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau melahirkan rasa gembira dan sebak apabila memasang perkhidmatan wifi di Kampung Bangingod untuk kegunaan penduduk disana.

Beliau turut menghadiahkan beberapa tab dan basikal kepada pelajar terpilih daripada keluarga yang sangat memerlukan.

Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10…

Posted by Ebit Lew on Friday, January 29, 2021

“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu, tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet perlu pergi ke pantai dan atas titi.

“Cikgu juga kata mereka siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar bagi memastikan mereka semua belajar,” katanya.

Tambah lagi, perkhidmatan internet itu juga akan ditanggung bayaran bulanannya bagi kegunaan penduduk disitu.

kredit era