Sebagai usaha mengekang Covid-19, sebuah hotel di Afrika Selatan mencuri tumpuan dunia apabila mula menggunakan robot pelayan sebagai ganti kepada manusia.
Menerusi laporan Sky News, penggunaan robot-robot canggih tersebut adalah untuk melayan pelanggan hotel yang mempunyai simptom Covid-19.
Ketiga droid tersebut iaitu Lexi, Micah and Ariel mula diperkenalkan kepada tetamu-tetamu Hotel Sky di Johannesburg, sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.
Droid ini juga digunakan untuk room service Foto : Skuy
Yang menariknya robot berkenaan bukan sahaja boleh menguruskan hal-hal berkaitan room service di meja penyambut tetamu, malah mereka juga boleh menyalurkan maklumat perjalanan kepada tetamu dan membawa beg mereka dengan berat maksimum 300kg dari lobi ke bilik hotel.
Namun ini tidak bermakna syarikat mereka tidak lagi menggunakan tenaga manusia. Para pekerja disana masih diarahkan bekerja seperti biasa dalam melayan tetamu yang sihat.
Manakala tugasan melayan pelanggan yang mempunyai simpton akan diambil alih oleh robot robot ini.
Menurut pengurus Hotel Sky, Herman Brits tetamu bagaimanapun masih boleh memilih untuk berinteraksi dengan kakitangan atau menggunakan khidmat layan diri menggunakan telefon mereka sendiri jika mereka mahukannya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CTRL Robotics, yang bertanggungjawab menyediakan droid ini, ia juga mempunyai ciri-ciri untuk mengimbas wajah tetamu untuk menentukan tahap gembira mereka.
“Ini akan membantu pihak pengurusan hotel dalam menilai apakah perasaan pelanggan sewaktu menggunakan kemudahan hotel di sini” katanya dipetik dari Reuters.
Namun penggunanan droid tersebut masih mendapat pelbagai reaksi yang berbeza dari pelanggan.
Ada yang merakasan semua ini masih terlalu baru untuk mereka dan berpendapat sentuhan manusia lebih baik.
kredit buzzkini