Kalau Nampak Tanda Ini Pada Kentang, Jangan Makan! Mungkin Anda Akan Makan Racun!

Kentang yang disimpan sekiranya bertunas adalah tidak elok untuk dimakan kerana kentang tersebut sudah bertukar menjadi makanan bertoksik, begitu juga dengan cara masakan, jika tersalah cara memasak ia juga menjadi penyebab kanser.

Info penting ini telah dikongsikan oleh Saintis Pricipal dari MARDI, Dr. Suri Roowi, seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita.

#1 Ubi kentang yang bertukar hijau itu sudah beracun.

Menurut Dr. Suri, ubi kentang yang berubah warna itu mempunyai racun dan toksik. Mana-mana bahagian kentang yang berubah hijau itu mempunyai glycoalkaloid, yang bertindak membantu melindungi kentang dari serangga dan serangan kulat.

#2 Goreng kentang pada suhu tinggi punca kanser

Terdapat bahan toksik dalam kentang yang dikenali sebagai acrylamide sekiranya kentang digoreng pada suhu yang tinggi. Bahan ini menjadi punca kepada kanser. Ini bermakna, sekiranya kita menggoreng kentang dalam tempoh masa yang lama, kuantiti acrylamide dalam kentang boleh wujud, seterusnya menyebabkan kanser jika dimakan.

Oleh itu, jika menggoreng kentang, pastikan kentang tidak digoreng sehingga bertukar warna lebih daripada warna keemasan.

Antara cara untuk mengurangkan kandungan acrylamide dalam kentang ialah seperti:

#1 Ambil kentang, rendam dalam larutan cuka.

#2 Gunakan limau kasturi dan celup kentang dalam perahan limau

#3 Tambahkan vitamin C dalam kentang.

Apa pun sila dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar ya?

kredit era

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Nak Halau Covid19 Daripada Menjangkiti, Penduduk Bina Patung Gorilla Mata Merah