Makin Meriah Grup “Riak Apa Hari Ini”, Berlumba-Lumba Pos Gambar Riak, Ini Respon Ustazah Asma Harun

Baru sahaja ditubuhkan pada 2 Februari lalu, grup Facebook Riak Apa Hari Ini telah berjaya mengumpul lebih 158,000 ahli dalam masa yang singkat.


Dalam pada kita berhibur melihat telatah ahli-ahli grup tersebut yang berlumba-lumba memuat naik hantaran aktiviti riak mereka, anda harus ingat bahawa tabiat ini tidak sepatutnya menjadi kebiasaan. Riak itu sendiri adalah satu kemungkaran terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Sumber: The Vocket

Atas sebab itu, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan teguran kepada admin grup Facebook tersebut. Penceramah bebas itu menganggap aktiviti-aktiviti riak ahli grup berkenaan agak keterlaluan seperti “menghalalkan pelbagai kemungkaran dan dosa atas alasan gurauan.”

Sumber: Instagram @ustazahasmaharun

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan. Perbualan bebas gurau senda antara lelaki dan perempuan, dedah aurat kerana mahu tunjuk emas sehingga lengan serta tunjuk harta dengan kapsyen riak tetapi kata mereka sekadar bergurau.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” ujar Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Sumber: Grup Facebook Ria* Apa Hari Ini

Selepas ditegur oleh Ustazah Asma’ Harun, salah seorang admin grup berkenaan tampil memberi penjelasan di sebalik penubuhan Riak Apa Hari Ini.

“Pada mulanya, grup ini hanya untuk membahan ahli-ahli kita yang masing-masing riak di dunia tipu-tipu. Kami terima teguran tersebut dengan hati yang terbuka.

Kami tidak ada niat langsung untuk memperlekehkan golongan miskin atau yang sederhana. Sejujurnya, kami pun bukan daripada golongan bangsawan, jutawan dan hartawan.

Kami juga daripada golongan yang terjejas dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi setiap hari. Kepada yang menganggap gurauan riak sahabat-sahabat kami ini melampau, anda boleh keluar secara baik,” tulisnya.

kredit i am lejen