Lelaki Ini Jadi Saksikan Fenomena Gerun, Kumpulan Nyamuk Terbang Membentuk Seakan Puting Beliung

Seorang lelaki menjadi saksi sekumpulan nyamuk terbang serentak dan membentuk formasi seakan puting beliung di ruang udara dekat lebuh raya Laluan 74, Argentina.

Menerusi rakaman video yang sempat dirakamkan lelaki tersebut, kumpulan nyamuk itu terbang serentak secara besar-besaran, hinggakan ia tular di laman sosial.
“Semakin lama ia semakin besar. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku,” tulis lelaki itu di media sosial.

Fenomena aneh itu dilaporkan terjadi disebabkan hujan lebat yang membawa banjir telah meninggalkan banyak kolam air bertakung di mana nyamuk-nyamuk betina bertelur.

 

“Situasi ini mengakibatkan kemunculan ‘sejumlah besar’ serangga itu yang ‘menyerang bandar’.
“Walaupun jumlah nyamuk meningkat mendadak, serangga itu tidak menimbulkan ancaman kepada manusia tetapi berpotensi mengganggu aktiviti pertanian,” kata Penyelidik di Pusat Parasitologi dan Kajian Vektor (CEPAVE), Juan Jose Garcia.

Penduduk setempat juga telah meminta pihak berwajib melakukan sesuatu bagi menghalau nyamuk dikawasan berkenaan.

Teknik fogging yang biasa digunakan untuk membunuh nyamuk dikatakan tidak berkesan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pemangsa semula jadi serangga.

kredit syok

Artikel Berkaitan   Kanak-Kanak Dibuli Rakan Kelas, Mata Bertukar Warna Hijau Hampir Buta Akibat Dicucuk