5 Golongan Yang Allah Beri Keringanan Boleh Meninggal Puasa Dengan Sebab-Sebab Ini

Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan di mana umat Islam pasti berebut untuk membuat amal ibadat yang mendapat ganjaran pahal daripada Allah SWT berlipat kali ganda. Tahukah anda, ada juga individu yang boleh meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu? Terdapat beberapa golongan yang dibolehkan untuk meninggal puasa.

Antaranya adalah:

  1. Orang yang hilang daya upayauntuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
  2. Orang musafir dalam perjalananyang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemahuntuk berpuasa.
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahagasehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat seperti dia bekerja berat tengah panas atau sebagainya.
  5. Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   “Melaka Sedang Dibanjiri Babi-Babi Yang Datang Daripada Indoesnia Melalui Laut” Exco Melaka