Wanita Dedah Alami Penyak1t Pelik, Menderita Sudah Lama Bila Ketawa Terus Tidur

Aneh, namun itulah realitinya apabila seorang wanita dari Birmingham, England, yang mana beliau akan tertidur apabila ketawa. Bella Kilmartin, 24, dilaporkan menghidap narkolepsi ketika usianya remaja selepas tertidur ketika menduduki peperiksaan.

Wanita itu kehilangan daya untuk mengawal semua ototnya apabila dia ketawa, menyebabkan lututnya menjadi lembik, kepala terkulai layu, lalu tertidur. Selain narkolepsi, Bella turut mengalami satu keadaan yang disebut sebagai cataplexy, iaitu otot menjadi lemah secara tiba-tiba yang didorong oleh emosi yang kuat, seperti ketawa.

“Banyak kali berlaku keadaan di mana saya menuang cawan yang berisi teh panas ke atas diri sendiri, namun tidak dapat menggerakkan tangan untuk menghentikan teh itu daripada terus mengenai badan saya. Saya tidak dapat mengawal di mana ia berlaku, jadi ia amat menakutkan,” ujarnya. Beliau juga pernah hampir lemas dalam kolam selepas teringat perkara lucu semasa sedang berenang, membuatkan ototnya menjadi lemah.

kredit syok

Artikel Berkaitan   Kerja Singapura Gaji RM10k Sebulan. Tapi Berlaku SESUATU Buat Aku Terus Berhenti…