Lepas Jumpa Patung Misteri Di Hutan Dan Bermain Bersamanya, Lelaki Ini Dakwa Sering Dihantui Hingga Dia Mengalami Kemalangan

Warganet terkejut apabila menonton satu video aneh yang menunjukkan seorang lelaki mengambil swafoto bersama satu anak patung yang dijumpai di hutan. Memetik laporan Daily Star, seorang pengguna Tik Tok merakamkan video itu bersama anak patung dan selepas beberapa minggu, dia ditimpa kemalangan.

“Kami baru menjumpai dia ini di tengah hutan, tak bohong,” katanya. Patung seakan watak filem seram Chucky itu kelihatan sama apabila dilihat sekali imbas dan warganet yang menonton video itu meremang setiap kali melihatnya.

“Saya tidak menyangka anak patung ini akan menghantui kerana kami hanya bermain sahaja, dan seminggu kemudian kereta saya terbabas, kamera mengalami masalah dan anjing saya menyalak secara tiba-tiba,” ujarnya.

Video itu berjaya meraih lebih lima juta tontonan dan mendapat sambutan daripada pengguna laman media sosial itu. Rata-rata warganet memberi komen agar menjauhi perkara sebegitu kerana tidak mengetahui paranormal yang akan berlaku jika mengganggu ‘mereka’.

  1. “Adakah kamu semua tidak menonton filem seram?,” komen salah seorang pengikutnya.
  2. “Kenapa kamu mahu bermain-main dengan patung itu?,” ujar seorang warganet.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Perghh Macam Sandwich” Video Kereta Dah Jaga Jarak Tapi Tetap Dihentam Lori Besar Dari Belakang