Wanita Hampir Buta Gara-Gara Terletak “Eye Mo” Yang Menyebabkan Matanya Jadi Keras Dan Hilang Penglihatan

Seorang wanita nyaris buta selepas tersilap menitiskan gam kuku di matanya kerana menyangka ia adalah ubat titis mata. Kejadian berlaku di Amerika Syarikat selepas Yacedrah Williams yang pada mulanya tertidur dengan memakai kanta lekap. Kira-kira jam 1 pagi, beliau terjaga dan ingin mengeluarkan kanta lekap selepas merasakan bebola matanya kering.

Sebelum beliau mengeluarkan kanta lekap terbabit, beliau biasanya akan menitiskan ubat mata terlebih dahulu. Dalam keadaan samar, beliau membuka beg tangan dan mengambil ubat titis mata, yang sebenarnya adalah gam kuku, kerana kedua-duanya mempunyai warna botol yang sama. Dia kemudian menitiskan gam kuku itu ke dalam matanya.

“Saya menjerit dan gam kuku itu sudah berada dalam anak mata saya menyebabkan mata tertutup. Saya cuba membuka mata kembali, tetapi tidak berjaya dan menjerit kepada suami untuk menghubungi 911,” katanya. Beliau dibawa ke hospital dan doktor akhirnya berjaya membuka kelopak mata dan membuang kanta lekap terbabit. Menurut doktor, kanta lekap itu berkemungkinan menyelamatkan penglihatannya daripada terus menjadi buta.

kredit syok

Artikel Berkaitan   Ini Malaikat Penjaga Nabi Muhammad Semasa Muda