Tidak dinafikan, perut buncit merupakan masalah yang dialami kebanyakan orang. Tetapi, apakah sebab utama yang menyebabkan perut menjadi buncit?
Perut buncit boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Penyebab utama perut buncit sudah semestinya cara pemakanan kita.
Pengambilan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, minuman berkarbonat dan sebagainya bukan sahaja menyebabkan perut buncit dan kembung, tetapi ia membuatkan berat badan bertambah dan memperlahankan metabolisme badan.
Selain faktor pemakanan, tidak cukup tidur juga boleh membuatkan seseorang itu menjadi buncit. Satu kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Clinical Sleep Medicine telah mengaitkan masa tidur yang pendek dengan penambahan berat badan. Malah, tidur lewat malam membuatkan anda makan merasa lapar dan makan secara tidak sihat, sekaligus meningkatkan risiko diabetes juga.
Senaman adalah penting kepada semua. Mereka yang kurang bersenam membuatkan pembuangan lemak dalam badan juga menjadi kurang, maka ia terkumpul dalam badan terutamanya pada kawasan keliling pinggang. Maka, terjadilah buncit.
Justeru, bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk:
- Amalkan diet seimbang
- Elakkan makanan bergula dan yang ada karbohidrat tinggi.
- Lakukan senaman dengan lebih kerap
- Tidur secukupnya
- Elakkan stres dengan melakukan perkara yang anda minat.
- Rujuk kepada doktor untuk nasihat kesihatan yang paling sesuai untuk anda.
kredit syok