Setelah Lakukan Kajian, Ini Keadaaan Bumi 1 Billion Tahun Akan Datang Menurut Saintis

Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari yang menempatkan jutaan spesis hidupan, termasuklah kita manusia.

Menjadi satu-satunya planet dalam alam semesta di mana kehidupan diketahui wujud, bumi terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu.

Sehingga kini, usia bumi dijangka berusia 4,600 juta tahun.

Namun pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada bumi dalam masa 1 bilion, atau 5 bilion tahun akan datang?

Secara matematiknya, bilion ditulis dalam bentuk 1,000,000,000.

Menurut ramalan oleh saintis alam sekitar dari University of East Anglia di England, dalam masa 1 bilion tahun ke hadapan, jisim suria atau solar luminousity akan terus meningkat menyebabkan suhu pada bumi juga meningkat dengan kadar tinggi.

Ketika itu, laut akan kering kontang dan semua hidupan termasuk sekecil-kecil alam akan mati dalam keadaan ekstrem.

Semakin kehadapan, dalam masa 1.5 bilion tahun dari sekarang, matahari akan memulakan fenomena ‘super-global warming’, iaitu pemanasan global yang terlalu ekstrem. Pendek kata, segalanya akan musnah terbakar.

Dalam masa 5 bilion tahun kehadapan, matahari akan terus berkembang menjadi gergasi merah atau ‘red giant’.

7.5 bilion tahun akan datang pula, matahari akan tukar sumber bahan bakar pada terasnya daripada hidrogen kepada helium, kemudian terus berkembang dan membesar saiznya berbanding sekarang.

Saiz matahari ketika itu digambarkan lebih besar daripada orbit Bumi ketika ini, menyebabkan planet bumi dan Marikh hangus terbakar. Planet Musytari dan Zuhal pula akan bertukar kepada iklim tropika kerana aisnya sudah mencair.

Bagaimanapun, ini hanyalah ramalan daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh saintis. Sejauh mana keadaan bumi dan alam semesta ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Artikel Berkaitan   “Perghh Macam Sandwich” Video Kereta Dah Jaga Jarak Tapi Tetap Dihentam Lori Besar Dari Belakang

kredit era