Jangan Biarkan Najis Burung Melekat Lama Pada Kereta, Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu

Kebiasaannya burung sering bertenggek pada kenderaan manusia dan dijadikan tempat yang selalu membuang najis.


Kejadian seperti ini sering berlaku jika parkir kenderaan di bawah pokok atau di tempat yang terbuka.

Najis burung boleh mencemarkan bumbung atau bonet kenderaan anda dan ia juga boleh merosakkan cat kereta anda selain pemandangan.

Terdapat alasan kenapa anda perlu membersihkan kenderaan jika terkena najis burung, antaranya;

#1 Campuran tinja dan air kencing burung

Najis burung dibuang melalui organ yang dikenali cloaca iaitu saluran pencernaan, pembiakan dan kencing kebanyakan haiwan vertebrata.

Ia juga mengandungi Asid Urik yang mempunyai keasidan tinggi pada kadar pH antara 3 hingga 4.5.

Ia boleh menghasilkan ion asid dan apabila terkena permukaan kereta secara perlahan mula membakar cat atau wax kereta anda.

#2 Bahan penghakis

Najis burung menjadi bahan penghakis kepada cat kereta anda dan kerosakan bertambah apabila cuaca panas melanda ketika itu.

#3 Beri kesan yang cepat

Kadang kala, najis burung boleh meninggalkan kesan hanya dalam beberapa minit dan permukaan anda akan tercemar lalu rosak sehingga nipis.

kredit era