PELAKON dan aktivis, Mark Ruffalo mengajak orang ramai menandatangani petisyen untuk membantah tindakan kejam Israel menerusi laman web, Avaaz The World In Action.
Pemilik nama sebenar Mark Alan Ruffalo, 53, yang popular dengan watak adiwira ‘Hulk’ dalam filem Avengers berkata, sudah tiba masanya bagi dunia untuk bangun dan bertindak menjatuhkan sekatan atau memboikot Israel demi menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
“Lebih 30 kanak-kanak terbunuh. Para ibu terkorban. Ratusan manusia cedera. Kita berada di ambang perang berskala penuh.
“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya. Sudah tiba masanya sekatan dilakukan ke atas Israel bagi membebaskan rakyat Palestin. #GazaUnderAttack,” katanya menerusi Twitter.
Over 30 children killed. Mothers dead. Hundreds injured. We are on the brink of a full-scale war. Sanctions on South Africa helped free its Black people – it’s time for sanctions on Israel to free Palestinians. Join the call. #GazaUnderAttack https://t.co/N72e0xLvX5
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) May 15, 2021
Sejak keganasan tentera Israel memuncak menjelang Aidilfitri lalu, Mark menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengutuk keganasan rejim Zionis itu.
Setakat ini, lebih 2.5 juta sudah menandatangani petisyen tersebut.
kredit Malaysiapost