Korea Utara Haram Pakai Jeans Kerana Takut Rakyat Akan Melawan Kerajaan Terpengaruh Dengan Budaya Barat

Risau dengan pengaruh budaya barat yang katanya akan mendorong generasi muda untuk bertindak melawan pimpinan kerajaan, Korea Utara kini melarang pemakaian jeans ketat.


Ia dibuat bagi mempertahankan pimpinan Korea Utara sedia ada dan tidak mahu golongan muda terpengaruh dan bertindak melawan pimpinan Kim Jong Un.

Selain melarang jeans ketat, fesyen seluar koyak dan gaya rambut mewah juga dianggap gaya hidup kapitalis.

Mereka yang bertindak sedemikian akan dihantar ke kem buruh paksa sebagai hukuman.

Larangan itu turut menyatakan fesyen aneh seperti ini akan meruntuhkan institusi negara dan perlu berwaspada dengan ancaman kapitalis yang cuba menggulingkan pucuk pimpinan.

“Sejarah memberikan pengajaran penting negara akan menjadi rapuh walaupun ekonomi dan pertahanannya kuat kerana tidak menjaga fesyen sendiri,” kata media itu.

Selain itu, Korea Utara turut menghukum rakyatnya yang mempunyai video produksi dari Korea Selatan.

Malah, pemakaian subang dan mewarnakan rambut juga dilarang dan tidak akan diterima di Korea Utara.

kredit syok