Remaja Jumpa Pasangan Ibubapa Menaiki Motorsikal Yang Mendakwa Anaknya Enggan Bertemu, Ini Jawapan Balas Anaknya

“TIDAK perlulah dipanjangkan, cukup sekadar saya dan pihak tertentu saja yang mengetahui hal sebenar,” kata Siti Syahirah Md Daim, penuntut sebuah kolej universiti di Selangor.


Siti Syahirah memberi reaksi itu menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej universiti berkenaan hari ini bagi menjelaskan tuduhan negatif dilemparkan terhadap dirinya.

Kenyataan itu susulan hantaran seorang individu, Zunnur Aiman Nurikhan di Facebook (FB) mengenai kisah sedih suami isteri yang ditemuinya di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka kelmarin.

Menerusi hantaran berkenaan, Zunnur berkongsi perbualannya dengan pasangan terbabit yang meluahkan kekecewaan mereka dengan sikap anaknya kerana didakwa enggan bertemu mereka.

Lebih menyedihkan, suami isteri yang dipercayai menunggang motosikal dari Batu Pahat, Johor itu diminta meninggalkan komputer riba dibawa untuk anak mereka di pondok pengawal sebelum pulang dengan hampa.

Kisah itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya marah dengan sikap anak pasangan berkenaan selain menuduhnya tidak mengenang jasa serta pengorbanan ibu bapa.

Menceritakan perkara sebenar, Siti Syahirah yang juga anak suami isteri terbabit berkata, isu berkenaan sudah selesai dan berlaku disebabkan salah faham membabitkan dirinya, keluarga dan individu yang menyebarkan kisah berkenaan.

“Untuk pengetahuan, kenalan yang bernama ‘Su’ (bukan nama sebenar) tidak terbabit dalam isu itu dan diminta untuk berhenti membuat spekulasi sendiri atau menyerang pihak yang tidak berkenaan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Siti Syahirah turut meminta semua pihak untuk tidak mengganggu pihak yang terbabit dalam kisah yang tular itu.

“Diharap, kenyataan ini mendapat perhatian semua pihak dan menangkis kenyataan yang lain.

“Saya berharap tiada lagi spekulasi timbul yang boleh menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar melalui perkara yang sudah berlaku,” katanya.

Zunnur Aiman ketika dihubungi pula berkata, dia tidak berniat untuk panjangkan kisah pasangan terbabit tetapi dia tularkannya sebelum ini kerana mahu berkongsi kepada orang ramai.

“Bukan itu caranya melayan ib