Remaja Merajuk Dengan Ibubapa Nekad Bina Gua Selama 6 Tahun Akhirnya Gua Dilengkapi Bilik, Wifi Dan Ruang Selesa

Gara-gara merajuk dengan ibu bapanya enam tahun yang lalu, seorang remaja di Sepanyol kini berjaya menghasilkan sebuah gua peribadi di belakang rumahnya dekat La Romana, Alicante, tenggara Sepanyol.


Lelaki yang kini berusia 20 tahun, Andres Canto menceritakan ketika usianya 14 tahun, beliau pernah merajuk dengan ibu dan bapanya, sebelum bertindak membawa cangkul ke kebun bagi mengubati kesedihan.

Sejak itu, selepas tamat sekolah dia akan melakukan kerja penggalian selain turut mendapat bantuan rakannya yang bertauliah untuk menggerudi tanah sedalam 3.05 meter bagi membentuk gua.

Kerja penggalian yang dilakukan secara manual menelan belanja AS$60 (kira-kira RM248), dengan mengukuhkan bahagian atap serta dinding gua dengan konkrit dan juga tiang batu.

Selepas enam tahun, gua itu kini lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, sistem pemanasan dan juga WiFi.

Gua yang dijadikan tempat istirehat remaja itu kini tular dan mendapat perhatian ramai termasuklah pihak berkuasa dan juga ibu bapanya sendiri.

“Ibu saya, turun meninjau ke bawah dan memberi komen gua itu lebih kecil daripada apa yang dilihatnya dalam video,” katanya.

kredit syok