Giliran Ustaz Ebit Ke P4lestin, Netizen Berduyun-Duyun Titipkan Doa, Hantaran Beliau Sangat Menyentuh Hati

PENDAKWAH Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sifat dermawannya membantu insan memerlukan. Sifat dermawannya dan tutur kata yang lembut dan sopan membuatkan ramai menyenanginya tidak kira status, pangkat, kaum.


Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew telah pun berlepas ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan.

Iklan

Menurutnya, misi bantuan berkenaan mendapat sokongan dan semangat daripada pelbagai pihak. Antaranya Wisma Putra, Perdana Menteri serta tidak ketinggalan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail yang memberi semangat dan mendoakan.

“Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga ALLAH bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini Ya ALLAH. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati ALLAH.

“Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.

Beliau juga menyatakan penghargaan atas penajaan tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan Turki, Turkish Airlines.

kredit sinarplus