Kejutan ‘Anniversary’ Ke-4, Mawar Rashid Menangis Dapat Beli Rumah Idaman

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tersentuh hati apabila suaminya Raf Yaakob melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat hari ini.


Menurut pemilik nama Wan Mawar Shaputri itu Wan Abdul Rashid, dia bersyukur akhirnya dapat memiliki rumah baharu idaman hasil titik peluh mereka dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.

“Terima kasih buat surprise kat Anje (panggilannya). Tak pernah terfikir abang akan buat kejutan macam ni. Sangat bermakna. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi gembira dapat beli rumah ni sebab hasil titik peluh kita berdua.
“Kita je faham betapa berusaha kerasnya kita, kerja siang malam, jatuh dan bangun, nak bahagikan masa lagi dan perkara lain lagi. Tapi syukur alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita,” tulisnya.

ADVERTISEMENT

Pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik satu video kejutan di laman Instagram memaparkan dia dibawa oleh suaminya ke rumah tiga tingkat berkenaan sebelum dihadiahkan sejambak bunga.

Mawar berkata, momen tersebut mengingatkan dirinya sewaktu dilamar pada 2017 dalam suasana penuh romantis dimana Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin.

“Anje sangat menghargai kesungguhan abang. Terima kasih buat Anje gembira. Kenangan yang Anje takkan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Dulu tu masa dilamar memang la ‘sweet’ tapi Anje macam takde perasaan sangat, macam blur2 sebab baru kenal abang beberapa bulan kan.
“Tapi kejutan kali ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam perasaan lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang.. kita pun dah melalui pelbagai macam-macam bersama,” luahnya.

Untuk info, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 3, dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

Mawar juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu suaminya.

Sumber: Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob