Lelaki Dengan Wanita Berbikini Atas Kapal, Netizen Tanya – “Harith Iskander Ke Tu?”

Tidak dinafikan, pelawak dan pengacara Harith Iskander lantang bersuara di media sosial selain turut menjayakan segmen “What’s Going On Malaysia” bersama tetamu jemputan bagi mengupas pelbagai isu semasa.

Bagaimanapun baru-baru ini, terdapat seorang warganet di laman Twitter @therealzahrin memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki mirip pelawak berusia 55 tahun itu.

Harith Iskander, awak ke tu?

Rakaman video berdurasi 21 saat itu memperlihatkan personaliti media sosial, Nadira Isaac yang mengenakan pakaian seperti bikini sedang ‘berposing’ sambil menggunakan sebuah krim produk.

 

Berdasarkan laporan portal Cari Forum, ada yang berkata Harith sedang bercuti dengan isterinya Dr Jezamine Lim Iskander dan mungkin tidak sengaja termasuk dalam video wanita seksi berkenaan.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Harith atau nama penuhnya Harith Iskander Musa, terdapat juga foto dirinya bersama isteri yang dilihat seperti atas kapal sama.

Seperti biasa, ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang melakukan sindiran, malah tidak kurang segelintir individu musykil apa manusia yang dinobat paling kelakar di dunia itu berada di lokasi berkenaan.

Kantoi apa pula?

Hari tu beria ‘backup’ Karen Dior?

Dia buat apa kat situ?

Percutian dengan member2 kot?

Takde masalah pun kalau cuti bersama pasangan masing-masing, bukannya berdua kan! Warganet ni memang laju buat spekulasi, ada sahaja yang tak kena di mata…

Sumber: Twitter @therealzahrin , Cari Forum , Instagram Harith Iskander & Nadira Isaac

Artikel Berkaitan   'Hello! Ini tempat makan kot? Bukan tempat study!' - Student kena sound sebab marah anak customer buat bising di McD, padahal...