Zizi Kirana Dimasukkan Ke Hospital, Puncanya Buat Ramai Bimbang

Penyanyi Zizi Kirana terpaksa menarik diri daripada komitmen di Anugerah Bintang Popular malam ini disebabkan mas4lah kes1hatan.


Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusannya, Farahrizan menerusi ruangan Instagram Story hari ini.

“Harap jasa baik semua yang membaca ini untuk mendoakan @zizi_kirana diberikan kesembvhan sepenuhnya.

“Terima kasih buat semua yang tidak putus putus mesej, call dan mendoakan Zizi Kirana sehingga ke hari ini.

“Buat masa ini, maaf sangat-sangat sebab tidak dapat penuhi interview daripada mana-mana pihak, juga berat hati terpaksa menarik diri komitmen bersama ABPBH34 yang bakal berlangsung malam ini.

“Saya mewakili Zizi Kirana mendoakan semoga segala perancangan malam ini berjalan lancar,” tulisnya.

Dalam pada itu, Farahrizan mengatakan pihaknya akan memaklumkan perkembangan lain menerusi platform sama.

“Insya-Allah jika ada perkembangan lain saya akan maklumkan di sini,” kongsinya lagi.

Sebelum makluman itu, pihak pengurusan juga telah memuat naik video menunjukkan Zizi ditolak atas katil di sebuah hospital, juga di Instagram Story Zizi Kirana.

Difahamkan, Zizi telah dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.

Memetik laporan Kosmo, Farahrizan memaklumkan Zizi masuk hospital akibat sak1t pervt kerana bekerja tanpa henti sejak penggiat seni kembali bekerja dua bulan lalu.

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif aktif semula sejak 9 September lalu. Sehari selepas mendirikan rumah tangga pun, dia terus sambung kerja.

“Selasa lalu, dia ada maklumkan tak sihat dan s4kit perut. Saya dapat tahu dia kemudian ke hospital pada hari itu untuk buat pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke wad,” katanya seperti yang dipetik.

Kata Farah, dia juga tidak mengetahui punca sebenar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu dimasukkan ke hospital.

“Berdasarkan apa yang kami sembang, dia memang penat sebab kerja tanpa henti. Tapi kalau ada peny4kit lain didiagnosis dokt9r, saya tak tahu.

“Kelmarin, dia sempat hantar mesej dalam WhatsApp, beritahu yang dia risau dan rasa ralat tak boleh buat persembahan sekali gus menyusahkan penganjur ABPBH,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo Online