
Seorang gadis terharu apabila menerima sebentuk cincin emas dipercayai daripada teman lelakinya sebagai tanda ‘lock’ atau ‘dimiliki’ sekali gus tidak boleh berlaku curang dengan orang lain.
Nur Syazuwanie menerusi dua perkongsian video di aplikasi TikTok mengakui, dia menghargai pemberian itu hasil penat lelah kekasihnya Amirul Haqeem yang mengumpul duit untuk membeli cincin tersebut.
“Kira dah lock la ni kan? Jaga elok2 okay”
@nrsyazzuwanieSemoga lalu dekat fyp awak , supaya awak tahu saya bersyukur Allah kenalkan kita ❤️
Berdasarkan rakaman salah satu video, kelihatan Syazuwanie dipakaikan cincin di jari manisnya oleh lelaki berkenaan ketika mereka berjumpa di sebuah pasar raya popular di Melaka, bulan lalu.
“Alhamdulillah, cincin yang aku pakai sekarang adalah hasil kerja kerasmu,” luah Syazuwanie terharu melihat pengorbanan teman lelakinya.
@nrsyazzuwanieTerima kasih ya ganteng 💕
Meninjau ke ruangan komen, video ‘lock’ yang meraih 140,100 tontonan itu dihujani pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan gadis tersebut bertuah disayangi sebegitu rupa selain mendoakan agar hubungan berakhir di jinjang pelamin.
Bagaimanapun, terdapat juga individu menegur tidak manis sekiranya pasangan kekasih bersentuhan kerana belum mempunyai hubungan halal. Namun, Syazuwanie menerima baik nasihat diberikan.
@nrsyazzuwanieOrang kata kalau pandai jaga , maka eloklah jadinya 😂 . Jangan fyp sudah , teruk muka @_amrlhqem 3 bulan lepas HAHAHAHAHAHA.
Tak elok sentuh2 keluar berdua
Bertuahnya awak!
Moga cepat nikah
Untung la dihargai..
Sumber: TikTok @nrsyazzuwanie