Pindaan terhadap Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 bertujuan untuk memberi sedikit ganjaran kepada bekas perdana, bukan memberikan kemewahan atau kekayaan kepada mereka, kata Dr Mahathir Mohamad.
Dia mengulas kenyataan Najib Razak berhubung isu permohonan hartanah dikatakan bernilai RM100 juta, bahawa ia pemberian biasa kepada bekas perdana menteri bawah akta berkenaan yang dipinda ketika eranya.
“Kita boleh hargai jasa seseorang perdana menteri tetapi tidaklah sampai menjadinya millionaire (jutawan),” kata Mahathir dalam satu kenyataan di blog dan media sosial.
Langkah kerajaan itu mengundang kritikan hebat pembangkang. Selain Mahathir, Pakatan Harapan (PH) turut mempertimbangkan mengkaji semula memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan.
Najib menarik permohonan itu sehari sebelum pilihan raya negeri Melaka, Sabtu lepas.
Sementara itu, Mahathir berkata, perdana menteri tidak perlukan banyak ganjaran selepas bersara kerana pencen, gratuiti dan elaun sudah lebih daripada mencukupi untuk membina rumah sendiri yang selesa.
Memberikan contoh bekas perdana menteri pertama, kata Mahathir, Tunku Abd Rahman yang memerdekakan Malaysia hanya menerima sebuah rumah papan.
Rumah Tun Razak pula, katanya, dijadikan monumen manakala Tun Hussein pula tidak mendapat apa-apa ganjaran yang bernilai tinggi.
Dia sendiri, kata Mahathir, tidak menuntut atau mendapat apa-apa selain pencen dan bayaran RM10,000 untuk selenggaraan rumah.
Bahkan, katanya, dia menolak tawaran sebidang tanah percuma di Putrajaya, sebaliknya membeli tanah sendiri dengan harga biasa kepada penjawat awam.
Mahathir terus membangkitkan kes4lahan rasvah Najib melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Bagi seorang perdana menteri yang merosakan negara sehingga dihukum penjara, perlukah kita beri hadiah sampai RM100 juta, sedangkan yang merdekakan negara diberi hanya sebuah rumah dinding papan berbumbung genting sahaja?” soalnya lagi.
“Mungkinkah Najib kembali sebagai PM ke-10?”-LIM KIT SIANG
ULASAN l Kesan terburvk daripada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah Najib Razak mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Adakah ini perkara yang layak diterima rakyat Malaysia? Untuk menolak orang yang menjadikan negara kita terkenal sebagai “kleptokrasi terbvruk” dan kemudiannya menerimanya semula empat tahun kemudian sebagai seorang penyelamat negara, yang dibebaskan daripada semua pertudvhan rasvah, seakan-akan mencuba untuk mewujudkan satu contoh terbaik klept0krasi di dunia.
Tidak terkejutlah, sepucuk “surat kepada editor” bertanya perkara berikut:
“Bagaimana seorang yang tersabit bersalah boleh menjadi suatu perkara sensasi dalam kempen PRN Melaka?
“Bagaimana sebuah gabungan politik yang dipenuhi pertuduhan dan kes rasuah di mahkamah berjaya memenangi hati pengundi? Perkara ini amat mengagumkan.”
Nasib baik, perkara ini belum lagi menjadi satu perkara yang tidak boleh diubah sebelum PRU-15 yang akan datang.
Barisan Nasional memenangi majoriti dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri baharu negeri Melaka, tetapi parti tersebut tidak memenangi dua pertiga undi yang dibuang pada 20 November 2021.
Malah, BN hanya berjaya mendapat 38.39 peratus undian daripada jumlah keseluruhan undian, peningkatan yang sangat kecil, sebanyak 0.55 peratus berbanding dengan PRU pada tahun 2018.
Jelas sekali, BN tidak mempunyai mandat majoriti rakyat Melaka, apatah lagi dua pertiga, untuk memerintah negeri tersebut.
Terdapat 11 kerusi di mana BN menang dengan majoriti kurang daripada seribu undi, lapan di mana Pakatan Harapan (PH) berada di tempat kedua dan tiga di mana Perikatan Nasional (PN) berada di tempat kedua.
Kadar keluar mengundi di PRN Melaka ini adalah 19 peratus lebih rendah berbanding dengan kadar keluar mengundi dalam PRU-14 — 83.52 peratus dalam PRU-14 berbanding dengan 64.56 peratus dalam PRN Melaka 2021.
DAP telah kalah di kerusi Pengkalan Batu dengan 131 undi, Duyong dengan 200 undi, Gadek dengan 559 undi; PKR pula kalah di Paya Rumput dengan 629 undi, Kelebang dengan 876 undi, Machap Jaya dengan 938 undi, dan Rembia dengan 860 undi; manakala Amanah kalah di Durian Tunggal dengan 559 undi. Bersatu kalah di Tanjung Bidara dan Pantai Kumbar dengan 364 dan 827 undi, dan PAS kalah di Serkam dengan 789 undi.
Sekiranya 11 kerusi ini telah dimenangi oleh PH dan PN, pembahagian kerusi di antara tiga gabungan politik ini akan menjadi PH 13, BN 10, dan PN5.
Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka ini mengingatkan saya kepada lawatan saya ke Makam Hang Tuah di Duyong, di mana saya terfikir sejenak, sama ada sumpahan rasuah yang telah menyebabkan kejatuhan empayar Melaka 500 tahun yang lalu juga akan sekali lagi menyebabkan kejatuhan Melaka dan Malaysia di abad ke-21.
Tidak ada ragu-ragu, PRN Melaka ini merupakan satu halangan kepada matlamat DAP dan Pakatan Harapan untuk Utamakan Malaysia, Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang.
Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa untuk terus menggunakan nilai terbaik pertemuan empat tamadun hebat dalam negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia — walaupun sekiranya perkara ini hanya dapat dicapai pada ulang tahun ke-100 penubuhan negara pada tahun 2057.
Walaupun terdapat penganalisa politik yang mengatakan rakyat Malaysia tidak berminat kepada prinsip-prinsip ini semua, saya diperkuatkan lagi selepas lawatan saya ke Bukit Cina semasa kempen PRN Melaka ini, kerana kejayaan kempen rakyat Melaka dan rakyat Malaysia, 37 tahun yang lepas, untuk “Selamatkan Bukit Cina” sebagai sebuah warisan kebangsaan adalah bukti yang kita boleh dan akan berjuang demi prinsip dan kepentingan negara.
LIM KIT SIANG ialah ahli parlimen DAP Iskandar Puteri.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Kisah Nyata