Baru-baru ini sempat tular beberapa rakaman seorang gadis yang dikatakan mempunyai suara hampir 99% mirip sekali dengan penyanyi Indonesia terkenal, Allahyarhamah Nike Ardilla. Video remaja yang berusia 19 tahun tersebut sudah mendapat lebih 7 juta views di aplikasi TikTok.
Barangkali ada yang di sini mahu hulurkan tangan ubah nasib Reza
Susulan berita viral itu, Reza yang tinggal di Sulawesi Selatan telah mendapat perhatian daripada selebriti terkenal iaitu Melly Goeslow. Penyanyi berkenaan sempat memuat naik satu posting di Instagram miliknya meminta sokongan daripada orang ramai untuk bantu merubah nasib gadis berkenaan.
Tak ada peluang untuk habiskan sekolah…Sebak bila ditanya jika ingin kembali belajar
Setelah itu, Reza telah pun dijemput beberapa stesyen TV ke Jakarta untuk ditemubual. Menerusi rancangan ‘Brownis’ di Trans TV, gadis tersebut sempat membuat pengacara sebak apabila menceritakan kisahnya yang tidak berpeluang untuk menghabiskan sekolah kerana kurang mampu. Dia yang merupakan anak kedua daripada 3 beradik itu mengalirkan air mata ketika ditanya jika mahu kembali semula menimba ilmu.
@indrafathir123 Reza # pagi” Ambyar # @ressa1310 ♬ suara asli – Indra ale fathir
Aura bintangnya dah mula keluar…Ini yang orang kata kalau rezeki tak salah alamat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat kejayaan gadis berkenaan yang bermula dari bawah. Bukan itu sahaja, ramai sekali mengakui mungkin ini boleh dijadikan rezeki buatnya untuk mengubah nasib keluarga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://www.dnq.pw/