‘Rider’ Hampir Terjunam Dalam Lubang Jalan, Netizen Terkejut – “Ke Alam Mana Tu?”

Tular beberapa posting di media sosial memaparkan sebuah laluan di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu berlaku mendapan tanah sehingga terhasilnya lubang atau ‘sinkhole’ di jalan raya berkenaan.

Malah menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula, kelihatan seorang ‘rider’ nyaris terjunam ke dalam lubang tersebut namun sempat memberhentikan motosikalnya sebelum terjatuh di tepi jalan.

Bahaya betul ni!

Kesian penghantar makanan…

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, laluan terbabit telah ditutup buat sementara waktu kepada pengguna jalan raya bagi kerja penyelenggaraan.

Meninjau reaksi warganet, rata-rata terkejut melihat saiz lubang tersebut yang disifatkan sangat berbahaya terutama pada waktu malam sekiranya tiada individu yang perasan.

Selain itu, ada juga netizen sempat membuat lawak dan memberi sindiran berhubung kejadian itu selain bersyukur ‘rider’ terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kalau malam, semua masuk lubang

Apa la jadi kalau bawa laju, guna telefon

Mohon baiki segera!

Kalau menteri yang lalu, mesti dah selesai

Alhamdulillah! Sempat hentikan motor

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan telah mengambil tindakan segera.

“Syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian. Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada…
“…Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka,” maklumnya.

Sumber: Facebook Rafidah Robert , Twitter redzuanNewsMPB , Harian Metro (Juwan Riduan)

Artikel Berkaitan   Masih Lagi Keliru Cara Nak Solat Dalam Kenderaan? Ikut Sahaja Step Sebenar Ini Untuk Dapat Solat Sempurna