Pengantin Menangis Kena Duduk Rumah Mertua, Rupa-rupanya…

Setelah terlafaznya akad nikah, maka bermulalah satu pengorbanan isteri yang kebanyakan suami selalu terlepas pandang. Sebenarnya, Isteri sanggup berpindah dari naungan keluarga, kemudian menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing serta hidup bersama insan yang kini bergelar suaminya.


Samalah seperti perkongsian video oleh pengguna TikTok @liskyo yang menjadi tular baru-baru ini.

Walaupun sudah anggun memakai persalinan pengantin berona putih serta wajahnya disolek rapi, namun rakannya dirakam menang1s teres4k-es4k.

Rupa-rupanya, inilah kali pertama mempelai tersebut bakal berjauhan daripada ibunya selama ini.

Menurut gadis tersebut lagi, selepas ini pengantin wanita tersebut akan ikut suami menetap di rumah ibu mentuanya pula. Gara-gara tidak dapat menahan rasa sedih, ada seorang rakan siap lapkan air matanya perlahan-lahan supaya makeup tidak comot.

Dalam pada itu, dia turut dinasihati agar sentiasa menjaga perangai.

@liskyo

First time member kena berjauhan dengan ibu sebab balik rumah mertua 🤣❤️ goodluck my bbg behave tau duk rumah mertua ##foryou ##fypdongggggggg ##fypsounds #

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak terbayang perasaan sekiranya melalui perkara sama selepas bergelar isteri nanti. Dalam pada itu, ada yang turut menegur elakkan cara lap air mata seperti itu kerana dikhuatiri jejaskan makeup pengantin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : TikTok liskyo