Alami Alahan Hamil, Wanita Pasrah Badan ‘Mengembang’ & Muka Penuh Jerawat

Setiap ibu mengandung pasti mengalami alahan yang pelbagai. Namun ada diantara mereka yang bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang proses kehamilan.


Wajah berubah ketika hamil

Walau bagaimanapun, ada yang mengalami dugaan tersebut sehingga penampilan dan juga raut wajah bertukar hanya disebabkan perubahan hormon.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita yang mengalami alahan semasa hamil sehingga wajahnya kelihatan ‘kembang’ dan dipenuhi jerawat.

@dayahdeelly55 kg to 86 kg , Jerawat satu badan naik muka kembang semangkuk . Keluar seketul 2.38kg je . Omak eh yang berat rupanya . Hahahahaha . Semoga cita cita untuk kembali kepada sediakala tercapai 😂

♬ Rihanna Umbrella – 𝙎𝙩𝙪𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @dayahdeelly juga memaklumkan berat badannya mendadak naik dari 55 kg ke 86 kg sepanjang proses kehamilan.

Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana selamat melahirkan seorang anak yang beratnya 2.38kg.

Ketika ini @dayahdeely sedang berusaha mendapatkan kembali berat badan idealnya selepas bersalin.

Pengorbanan seorang ibu

Sehubungan dengan pekongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui bahawa alahan semasa hamil memang ada dan agak menggerunkan wanita.

Mana tidaknya, sudah beberapa kes menunjukkan wajah ibu hamil mengalami perubahan dan mengalami pelbagai masalah kulit sehingga kadangkala menggangu keyakinan mereka.

Orang kata masa hamil tak cantik biasanya anak segak

Takpe asal sis & baby sihat

Ada yang terbalik, pregnant muka cantik, habis pregnant naik jerawat

Ada yang tak alami alahan

Memang berat badan naik mendadak

Ada yang tiap kali pregnant mesti naik jerawat

 

Sumber: TikTok @dayahdelly