Setiap pengguna jalan raya mempunyai hak yang sama ketika mengendalikan kenderaan. Masing-masing perlulah saling menghormati serta bertolak ansur bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
Namun, jika ada kecemasan seperti pergerakan ambulans, pengguna jalan raya yang haruslah memberikan ruang untuknya bergerak supaya tidak berlaku masalah lain.
Bantu ambulans lalu
Hal ini sama seperti perkongsian seorang pemandu ambulans yang memuat naik satu video menunjukan seorang pembonceng motosikal wanita menyuruh pengguna jalan raya ke tepi untuk memberi laluan ambulans yang sedang bergerak cepat.
@asharpwayaTerima Kasih pada yg memberi laluan… Makcik steady.. #ambulans #ambulancedriver #ambulansmalaysia cc : @w_mora93 ♬ Rihanna Umbrella – 𝙎𝙩𝙪𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘
Pemandu ambulans ucap terima kasih
Menerusi video yang dimuat naik oleh @asharpwaya mengambil dari akaun TikTok seorang pemandu ambulans dikenali sebagai @w_mora93, dia mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana membantu memudahkan laluan ambulans.
Tangan menghayun buaian mampu menggegar jalan raya
Tindakan wanita pertengahan usia itu dilihat dari sisi positif dan rata-rata daripada pengguna TikTok telah memuji tindakan wanita itu kerana memudahkan urusan orang lain.
Dia buat ‘thumb up’ tu yang tak tahan
Macam ni lah orang Malaysia
Comel makcik tu, macam halau ayam je dia buat
Terbaik kaum ibu! Serba serbi boleh
Sumber: TikTok @asharpwaya