7 Tips Bawa Durian Dalam Kereta Tapi Tak Nak Bau Melekat Kekal. Petua Orang Dulu Memang Membantu!

Sudah tiba masanya bagi musim pesta durian. Mesti masing-masing mempunyai misi mencari durian ketika ini.

Walaupun kita ini penggemar durian nombor satu di dunia masih boleh pening dengan bau durian yang lekat dalam kereta.

Jangan risau, ada beberapa petua yang boleh anda lakukan demi menghilangkan bau durian dalam kereta anda.

  1. Guna tangkai durian

Patahkan tangkai durian dan kemudian belah hujungnya. Selepas itu, letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar. Hasilnya, bau durian pasti tiada lagi. Ramai dah cuba dan akui yang teknik ini memang berkesan!

  1. Anginkan kereta masa memandu

Bungkuskan durian menggunakan 2-3 lapis beg plastik. Ikat ketat-ketat supaya baunya tak keluar dari beg. Kemudian letakkan dalam bonet kereta macam biasa.

Masa memandu, buka semua tingkap dan jangan buka air cond. Cara ini dapat menganginkan kereta dan menghindarkan bau durian yang kuat daripada terkumpul dan melekat dalam kereta anda.

  1. Roti

Letakkan beberapa keping roti di dalam kereta. Roti ini boleh menyerap bau durian dengan berkesan. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bau durian akan hilang dari kereta anda.

  1. Kopi

Selain roti, anda boleh juga meletakkan kopi untuk menyahkan bau durian dari kereta anda.

Ambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Lepas itu tinggalkan semalaman dalam kereta. Nak senang, gunakan saja serbuk kopi yang siap di dalam uncang. Kopi juga boleh menyerap bau-bauan dengan efektif.

  1. Soda bikarbonat / baking soda / serbuk penaik

Bahan yang satu ini bukan saja digunakan dalam masakan, tapi ia juga merupakan bahan serbaguna yang sewajibnya ada di setiap rumah.

Artikel Berkaitan   Inilah Tips Nak Jadikan Sotong Jadi Kembang Dan Tidak Berbau, Ikuti Langkah Ini!

Selain menanggalkan kotoran, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau secara semulajadi. Anda boleh meletakkan satu bekas yang berisi serbuk soda bikarbonat ini di dalam kereta.

Satu lagi cara, taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam dan lepas itu boleh vakum.

  1. Daun pandan

Petua ini mungkin biasa anda dengar. Bagi yang ada stok daun pandan di halaman atau di dapur, bolehlah gunakan beberapa helai daun pandan yang diikat.

Boleh juga potong kecil-kecil dan masukkan dalam beg jaring. Gantungkan macam air freshener.

  1. Arang

Boleh beli arang biasa dan bubuh dalam bekas. Biarkan selama beberapa jam dalam kereta. Sekarang ni dah banyak juga arang yang dijual khas untuk menyerap bau dalam kereta.

Haaa mudah sahaja kan? Boleh la lepas ni nak beli durian selalu. Bau kereta? Tak ada masalah la. Selamat mencuba!

kredit zayan