9 Peluang Bisnes Sambilan Untuk Wanita Malaysia

9 PELUANG PEKERJAAN SAMPINGAN WANITA MALAYSIA


Wanita juga mahu menjana pendapatan tambahan sama ada untuk membantu keluarga atau untuk kepuasan sendiri. Berikut adalah pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan pelajar, wanita bekerjaya atau suri rumah:

1) Photographer

Anda mempunyai bakat fotografi? Jangan bazirkan kelebihan tersebut. Percaya atau tidak, juru foto wanita mendapat permintaan tinggi di Malaysia kerana pelanggan wanita tertamanya beranggapan lebih mudah berurusan dengan juru gambar wanita.

2) Make Up Artist

Solekan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Terdapat permintaan tinggi dari pelanggan wanita yang mahukan solekan untuk hari istimewa mereka. Jika anda mempunyai skil bersolek gunakan kelebihan ini untuk jana pendapatan sampingan

3) Model

Ada mempunyai fizikal dan wajah yang menarik? Gunakan kelebihan itu untuk menjadi model sebagai kerjaya sampingan seperti model jubah, tudung, seluar dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya kadar bayaran untuk perkhidmatan adalah RM100+ sejam.

4) Freelance Work Out Coach

Percaya atau tidak, ramai ibu-ibu berminat untuk melakukan senaman sihat seperti yoga sebagai aktiviti hujung minggu mereka tetapi malu untuk bersenam secara terbuka. Sama ada secara perseorangan atau berkumpulan, golongan ini memerlukan jurulatih mereka sendiri. Terdapat juga jurulatih yang tiada lesen khas tetapi mempunyai pengalaman dan dipercayai pelanggan untuk menjadi guru senaman mereka.

5) Tukang Urut

Wanita berpantang, atau suri rumah yang mahukan urutan seperti spa tetapi malas mahu keluar kemana-mana seringkali buntu untuk mencari tukang urut wanita dipercayai. Jika anda mempunyai bakat kelebihan mengurut tidak salah untuk menjana pendapatan sampingan melalui cara ini.

6) Penulis

Anda suka menulis? Daripada Blogger, website, novel online, artikel berbayar adalah saluran untuk tidak mensia-siakan bakat tersebut dan mendapat keuntungan daripadanya.

7) Freelance Artist

Penseni yang bebas yang tidak dibawah sesiapa tetapi bekerja sendiri seperti pelukis mural, illustrator, pereka grafik yang mengenakan bayaran untuk perkhidmatan dan hasil kerja mereka.

8) Private Tutor

Mempunyai ilmu dan suka mengajar? Tidak mengapa walaupun anda tidak mempunyai kelayakan perguruan, terdapat segelintir graduan yang dalam proses menunggu pekerjaan tetap ataupun suri rumah dan wanita bekerjaya menjana pendapatan sampingan membuat sesi kelas secara peribadi kepada pelajar seperti pelajar UPSR yang memerlukan kelas tambahan di hujung minggu.

9) Product Reviewer

Mempunyai follower Instagram, Vine atau Facebook yang ramai memberi anda kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengulas produk. Artis-artis terkenal banyak menggunakan kaedah ini dengan mempengaruh follower untuk membeli produk tersebut dan mempromosi produk yang mereka lakukan.

Sumber: Usahawan.com