
Sekeras-keras dan tingginya ego seorang insan bernama lelaki, mampu untuk mengalirkan air mata demi insan yang disayanginya.
Begitulah yang cuba disampaikan menerusi perkongsian di Facebook seorang jurufoto bernama, Khairul Azmi Sulaiman, apabila nukilannya bersama beberapa foto pernikahan memaparkan tangisan seorang ayah telah menyentuh hati ramai.
Gugurnya ego seorang lelaki
Dalam nukilan tersebut menceritakan mengenai pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuan, yang dilepaskan kepada sang suami.
Dapat diperhatikan menerusi foto yang dikongsikan, air mata seorang bapa mengalir juga ketika mahu menyampaikan amanah kepada bakal suami buat puteri kesayangannya.
GUGURNYA EGO SEORANG LELAKIDialah lelaki pertama yg menyentuh muDialah lelaki pertama yg memandang muDialah lelaki…
Posted by Khairul Azmi Sulaiman on Ahad, 16 Ogos 2020
Bukan senang lepaskan anak dekat orang lain
Foto dan nukilan tersebut juga telah menyentuh hati ramai, rata-ratanya turut meluahkan rasa terharu melihat gugurnya air mata seorang bapa buat anaknya.
kredit kataustaz