Selain daripada memiliki wajah yang comel dan gebu, haiwan ini juga dikatakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ada yang bijak menjaga bayi, berani menangkap tikus malah ada juga yang pandai mengurut. Tidak terkecuali dengan seekor kucing ini yang telah berjaya mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @khairidzwan dimana terdapat seekor kucing berwarna oren yang pintar. Menerusi Tweet berkenaan, kucing tersebut kelihatan sedang melakukan urutan kepada nenek pemuda berkenaan.
riki picit belakang nenek sebab nak makan gais HAHAHAHAHAHAHAHA pic.twitter.com/CYgvpuAn6F
— kerol 📸 (@khairidzwan) September 22, 2020
Berdasarkan video perkongsian itu, haiwan yang dikenali sebagai Riki tersebut dikatakan telah memicit nenek gara-gara dia ingin membodek demi mendapatkan makanan. “Riki picit belakang nenek sebab nak makan gais HAHAHAHAHAHAHAHA”, kata pemilik akaun tersebut. Ternyata, kucing berkenaan berkelakuan sangat bijak!
Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat Riki di samping terdapat segelintir warganet yang turut memuji kecomelan binatang berkenaan.
”Saya akan berkerja demi mendapatkan tuna dan wet food yang lebih”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen dengan nada jenaka di ruangan Twitter terbabit.
Posting yang berdurasi selama 30 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 170 ribu tontonan umum dalam jangka masa yang singkat.
At least he did something to earn his living 😂😂😂 https://t.co/8h0jQpIeqT
— syd ❀ (@nxrsyxhadaa) September 24, 2020
So cute!!! 😍😍😂😂 https://t.co/TzZoPpnC9B
— Sylvester Muas Louis 🌻 (@SylvesterMuas) September 23, 2020
i wish my oyen like dis too 🥺 https://t.co/B5KgdIH1tC
— 🤍 (@__shsyukrina) September 23, 2020
Pandainya ya Allah!!! @Firdaus_Opie https://t.co/ohPFfftACh
— ♡ (@zhdazw) September 23, 2020
kredit harian metro