Tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan mengenai Wang Tidak Dituntut dan meminta agar orang ramai menuntutnya dengan segera.
Selain daripada menghadirkan diri kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), anda boleh menyemak tuntutan ini menggunakan cara atas talian.
- Layari https://egumis.anm.gov.my/
- Daftar masuk pendaftaran sebagai pengguna dan masukkan maklumat yang diminta.
- Daftar masuk menggunakan maklumat yang didaftarkan tadi dan kemaskini maklumat peribadi.
- Masukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak (hanya dua kali carian dibenarkan dalam tempoh satu hari).
Wang Tidak Dituntut ini merupakan wang yang perlu dibayar kepada individu (tuan punya badan) tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.
Sekiranya anda mempunyai rekod tuntutan, boleh muat turun borang permohonan tuntutan dan hadirkan diri ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tindakan seterusnya.
Sumber: ODISI