Hampir-Hampir Tertelan Mata Kail, Wanita Ini Mengadu Kepada Pihak Kedai Namun Dia Ditenking Pula

Kita mungkin biasa dengar kes-kes makanan yang tercemar dengan bendasing lain seperti rambut, bulu dan serangga. Namun kes terbaru di sebuah kedai makan di Johor ini mungkin sedikit berbeza.

Mana tidaknya, seorang pengguna Facebook Nor Azriah Abd Aziz telah memuatnaik foto makanannya berupa sejenis lauk ikan yang masih terlekat dengan mata kail.

Memetik hantaran di Facebook bertarikh 21 Januari, Nor Azriah berkata beliau merasa terkilan apabila menemui mata kail pada lauk ikan yang diambilnya, malah telah melaporkan kepada pemilik kedai. Namun, respon balas oleh pemilik kedai amat mengecewakannya.

Selain hanya membisu mengenai penemuan mata kail itu, Nor Azriah juga berkata beliau tetap perlu membayar harga makanan yang diambilnya itu, selain turut ditengking oleh pihak kedai yang tidak mementingkan kebersihan makanan.

Hantaran oleh Nor Azriah ini telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemilik kedai makan itu.

Sumber: Facebook Nor Azriah Abd Aziz

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Diejek Muka Hodoh, Gadis 16 Tahun Ini Sudah Belanja RM2.4 Juta Lakukan Pembedahan Plastik