“Ada Yang Menyangka Saya Keluar Bersama Ayah Atau Datuk, Dia Suami Saya” Beza Umur 27 Tahun, Pasangan Ini Hidup Bahagia

CHICAGO: Seorang model sering disalah anggap apabila bernikah dengan lelaki yang seusia dengan datuknya.


Daily Mail melaporkan Ada Olszewska, 27, bahagia di sisi teman hidupnya, Robert Owen Sr, 54, yang juga duda anak satu.

Malah, mereka tidak pernah menjadikan usia sebagai isu dalam hubungan dan bertambah bahagia apabila dikurniakan cahaya mata, Kodi.

Bagaimanapun, ada yang menyangka Robert adalah datuk dan bukannya suami kerana wajah Ada seperti keanak-anakan.

“Mereka yang tidak mengenali suka menilai dari luaran, malah ada yang menyangka saya keluar bersama ayah atau datuk ketika bersama Robert kerana fizikal saya seperti remaja berusia 15 tahun.

“Namun, saya anggap hubungan terjalin antara kami cukup sempurna dan walaupun ada bertengkar seperti pasangan lain, saya tetap menyayanginya.

“Mulanya, ibu saya membantah hubungan kami, tetapi dapat menerimanya selepas saya melahirkan cahaya mata,” katanya.

Robert berkata, perkenalan mereka selepas dia menghadiri temu duga kerja diiklankan isterinya di Facebook.

Ketika itu, Ada bekerja di majalah dalam talian dan mencari pekerja.

“Selepas temu duga, kami mula berkenalan dan timbul keserasian hingga timbul perasaan cinta terhadap satu sama lain.

“Umur hanya angka dan bukan satu masalah buat saya sebaliknya hati yang memainkan peranan dalam sesebuah hubungan,” katanya.